“Alhamdulillah ‘ala nikmatil Islam, alhamdulillah’ ala nikmatil Iman, alhamdulillah ‘ala nikmatil hidayah..”

Menenangkan sekali muqaddimah doa usai solat Maghrib di Masjid Lama Tanjung Huma ini.

Sudah menjadi kebiasaan untuk para imam memulakan doa dengan menzahirkan syukur dan terima kasih kepada Allah, namun agak jarang saya mendengar imam menyebutkan sekali sebab dizahirkan rasa syukur.

Terutamanya bersyukur atas nikmat terbesar iaitu nikmat menjadi orang Islam dan beriman. Signifikannya bersyukur atas kebaikan yang dicurahkan Allah ke atas saya ialah saya mempunyai kesedaran yang mendalam bahawa jika bukan kerana Allah, saya barangkali kufur dan kalau bukan kerana taufiq dari Allah, sekarang ini saya tidak akan berada di masjid dan solat berjemaah.

Saya hanyalah seseorang yang sedang berbuat kebaikan kecil kerana nusrah (pertolongan) daripada Allah, dan saya pada saat ini ialah seseorang yang tidak bermaksiat hanyasanya disebabkan ‘ismah (perlindungan) daripada Allah.

Berterima kasih pada Allah atas setiap peluang berbuat baik dan atas setiap kejayaan menjaga diri dari maksiat melindungi kita dari ruang untuk ujub (moral licensing).

Leave a comment

Quote of the week

“Air itu menjadi rosak kerana diam dan tidak mengalir. Pemuda pula mati kerana masa lapangnya.”

~ Hikam Arab

Designed with WordPress

Design a site like this with WordPress.com
Get started