Petang tadi, saya baru sahaja selesai menonton filem ‘Pendekar Awang’ di Sunshine Bertam. Filem ini merupakan sekuel kepada filem ‘Mat Kilau’ yang ditayangkan pada tahun lepas.

Pada pandangan saya, ‘Pendekar Awang’ jelas lebih kemas dan baik berbanding ‘Mat Kilau’. Ia seakan-akan merupakan hasil postmortem kepada filem ‘Mat Kilau’. Skrip yang melerek-lerek dan bersifat berceramah sudah banyak ditambah baik.

Mesej-mesej sudah banyak ditonjolkan dalam bentuk ‘action’ berbanding ‘preach’. Banyak lagi aspek yang pada pandangan saya harus dipuji pada karya terbaru Studio Kembara.

Ringkas sahaja, saya berharap filem seperti ini terus mendapat sambutan daripada orang ramai dan juga pihak penerbit dan pelabur.

Filem-filem ini mengingatkan kepada kita bahawa kemerdekaan yang dicapai pada hari ini tidak semudah ‘rundingan’ Tunku Abdul Rahman dan delegasinya sahaja. Layar sejarah kemerdekaan perlu dirakam dengan lebih adil dan layak kepada ulama dan pahlawan terdahulu yang mempertaruhkan harta, martabat dan nyawa mereka.

Leave a comment

Quote of the week

“Air itu menjadi rosak kerana diam dan tidak mengalir. Pemuda pula mati kerana masa lapangnya.”

~ Hikam Arab

Designed with WordPress

Design a site like this with WordPress.com
Get started