‘Frontal Lobe’ di Dalam Surah al-‘Alaq

Dua hari lepas, saya luangkan sedikit masa membaca beberapa artikel di blog rasmi al-fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan dengan character education. Antara artikel yang menarik perhatian saya adalah tulisan al-fadhil ustaz bertajuk Mulut dan Tangan Buat Jahat Kenapa Ubun-Ubun Yang Bersalah.

Menurut ustaz, kebiasaannya kita akan menyalahkan sesuatu tindakan ke atas anggota yang ‘bersubahat’. Telinga dipulas jika tidak mendengar kata manakala mulut hendak ‘dicili’ apabila celupar.

Namun al-Quran di dalam surah al-‘Alaq ayat ke 15 dan 16 menceritakan azab bagi orang Musyrik yang zalim adalah direntap ubun-ubun kepalanya.

كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ نَاصِيَةٖ كَٰذِبَةٍ خَاطِئَةٖ 

Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Jelas al-fadhil ustaz, ramai mufassir menyandarkan kalimah nasiyah secara kiasan sebagai ketua atau pembesar. Namun, nasiyah secara bahasanya merujuk kepada bahagian hadapan kepala iaitu ubun-ubun. Kata ustaz,

“Secara peribadi, saya dapati ayat ini adalah antara ayat al-Quran yang memperlihatkan kesukaran ilmuan silam menjelaskan maksudnya” (al-fadhil Ustaz Hasrizal, 2022).

Jika merujuk terjemahan bahasa Inggeris, nasiyah diterjemahkan sebagai forelock.

But no! If he does not desist, We will certainly drag him by the forelock (15), a lying, sinful forelock (16)

Pertama kali saya mengetahui hal ini, terbit rasa takjub, kagum atas kehebatan kandungan al-Quran. Selama ini saya hanya membaca berkenaan frontal lobe atau lebih spesifik prefrontal cortex dari sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli neurologi. Hari ini saya belajar tentang signifikannya ‘ubun-ubun’ dari Kalam Tuhan sendiri. Subhanallah.

Barangkali, perasaan yang sama juga turut dirasai oleh Dr. Daniel McBride ketika membaca ayat ini sehingga mendorong beliau memeluk Islam. Dalam satu sesi wawancara, Dr. Daniel berkata,

“Where do you think you make the final decision whether you just do something or you inhibit that bad action? That’s the forehead, that’s the frontal lobe, that’s the forelocks, that’s the brain. There’s no way we knew that 1500 years ago!”

“I mean here’s the Quran telling us that this is (while holding his forelocks) where you’re going to be punished from or pulled out through when you’re a bad guy and that’s your final initiation of the good or bad you decide to do. It’s your forehead. It’s the forelocks.”

Rumus al-fadhil Ustaz, “Abu Jahal merancang untuk menganiaya Nabi Muhammad saw , mendustakan Allah, walaupun lidah yang menuturkannya, dan kaki yang melangkah ke arah melakukannya, Allah memfokuskan hukuman dan ancaman ke puncak kepala Abu Jahal, tempat lahirnya pilihan-pilihan keji berkenaan”.

Kewujudan nasiyah atau frontal lobes ini menjadi bukti bahawa manusia dicipta dengan upaya memproses pilihan. Tidak seperti kepercayaan penganut faham jabbariyah yang mendakwa manusia itu secara mutlak majbur (dipaksa) oleh ketentuan Tuhan.

Saya bersyukur dipertemukan dengan bahan-bahan bacaan berkenaan bahagian otak yang sangat signifikan ini. Satu bahagian yang menjadi pusat memproses keputusan sama ada hendak berbuat baik atau mungkar.

*Saya ada coretkan nota ringkas tentang fungsi prefrontal cortex yang dijelaskan oleh Dr Kelly McGonigal berserta kes Phineas Gage yang hidup tanpa bahagian otak ini. Link : Kes Phineas Gage : Bagaimana Hidup Tanpa Prefrontal Cortex

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s