Meletak matlamat realistik antara kefahaman ilmu berbanding penciptaan ilmu

Dr Daniel T. Willingham mengulas tentang perdebatan dalam kalangan pendidik dan pembuat dasar sama ada mengutamakan kurikulum yang memperuntukkan murid tahu dan faham ilmu sedia ada atau menfokuskan kemahiran-kemairan berfikir seperti saintis, ahli sejarah atau ahli matematik.

Dr Daniel menjawab dengan satu pronsip kognitif iaitu,

“Cognition early in training is fundamentally different from cognition late in training”.

Guru dan pembuat dasar tidak wajar mengharapkan murid dapat menguasai atau menyelesaikan masalah seperti mana saintis sebenar menyelesaikan masalah.

Ini kerana seorang pakar sangat berbeza cara fikirnya berbanding seorang novis.

1. Novis tidak mustahil memiliki pengetahuan sama taraf dengan ‘experts’ tapi berbanding novis, pakar tahu mengabaikan maklumat tidak berguna.

2. Pakar memiliki pengetahuan am (background knowledge) yang mendalam tentang bidang mereka. Pakar juga dapat mengakses maklumat yang tepat di dalam ‘long term memory’ dengan pantas dan bersesuaian.

3. Pakar dapat melakukan pemindahan (transfer) dengan lebih baik. Walaupun masalah kelihatan berlainan, pakar dapat mengesan skema yang terlibat. Ini kerana mereka tidak hanya fokus pada ‘shallow stucture’ yang dibincangkan.

Cara-cara novis dapat mencapai tahap minimum seorang pakar adalah dengan,

1. Mengayakan diri dengan background knowledge. Pakar bukan sahaja dapat memaksimumkan ruang di dalam ‘working memory’ tetapi juga dapat melihat ‘deep structure’ dalam satu-satu masalah. Kemudian, pakar juga boleh mengkategorikan makluman secara abstrak (jenis-jenis prinsip terlibat). Tidak seperti novis yang mengkategorikan maklumat berdasarkan objek.

2. ⁠Praktis. Cara kedua menjimatkan ruang working memory yang terhad ialah dengan membuat banyak latihan. Latihan yang cukup boleh menjadikan sesuatu masalah atau proses menjadi automatik. Seperti kanak-kanak yang mengikat tali kasut setelah berlatih mengikatnya sebanyak 1000 kali, barangkali boleh mengikatnya sambil menutup mata.

“So experts save room in working memory through acquiring extensive, functional background knowledge, and by making mental procedures automatic”.

Kesimpulannya, pembuat polisi dan guru perlu realistik meletakkan hala tuju sesuatu silibus. Di sekolah rendah terutamanya, mustahil kanak-kanak dikerah berfikir seperti seorang saintis berpengalaman. Seperti kata Dr Daniel,

“Students are ready to comprehend but not to create knowledge”.

Bab 6, Why Don’t Students Like School?

Leave a comment

Quote of the week

“Air itu menjadi rosak kerana diam dan tidak mengalir. Pemuda pula mati kerana masa lapangnya.”

~ Hikam Arab

Designed with WordPress

Design a site like this with WordPress.com
Get started